المدة الزمنية 3:00

OH TERUNA Fatimah M Amin dan The Clans dbp Mohd Ariff 1966

46 813 مشاهدة
0
268
تم نشره في 2020/07/28

Fatimah M Amin Penyanyi Pop paling muda merakamkan piring hitam. Mula merakamkan suara ke piring hitam pada tahun 1965 ketika berusia 15 tahun. Turut bersama merakamkan piring hitam pada usia tersebut adalah Sanisah Huri dan Jah Murniwaty, keduanya juga merupakan penyanyi Pop kesukaan ramai. Bagaimana pun Sanisah dan Jah merakamkan piring hitam pada awal 1967, ia membuktikan bahawa Fatimah M Amin merupakan penyanyi Pop wanita paling muda dan terawal merakamkan lagu2 Pop ke piring hitam. Pada zaman kegemilangannya, beliau telah merakamkan 2 buah piring hitam Ep, masing2 mengandungi 4 buah lagu menjadikannya 8 buah lagu yg berjaya dirakamkan bermula 1965 hingga 1967. Suaminya, Mohamad Ariff yg bertindak sebagai ketua kugiran juga merupakan komposer lagu2 nyanyiannya. Ariff yg menpunyai fizikal kurus dan tinggi adalah pemain gitar irama untuk kumpulan ini dan mereka telah berkahwin pada January 1968. Selain mengiringi nyanyian dan rakaman Fatimah M Amin, The Clans juga merupakan kugiran pengiring untuk rakaman lagu2 A Ramlie dan M Osman. Selain bertindak sebagai pasukan gitar yang terhandal di Singapura ketika itu, mereka turut mengasah bakat kedua2 anggota kugiran mereka iaitu Noor Hassan dan A Anis d dalam rakaman suara ke piring hitam. Masing2 hanya merakamkan sebuah lagu dan selebihnya adalah nyanyian Fatimah M Amin. Fatimah dan Mohamad Ariff kedua2nya berasal dari Melaka dan telah menaikkan lagu2 Pop Melayu sebelom kejatuhan lagu2 tersebut pada pertengahan 1968. Bermula tahun 1968, lagu2 tempatan telah beralih kepada lagu2 ala Hindustan dan Keroncong kontemporari serta mula menerima kebanjiran lagu2 dari seberang. Pada ketika itu, kebanyakkan kugiran2 handalan telah dibubarkan dan ada di antara penyanyi2nya berhijrah ke Kuala Lumpur untuk menyanyi di Kelab2 Malam serta Hotel bagi meneruskan kelangsungan karier mereka. Gambar d bawah merupakan gambar Fatimah M Amin dengan iringan Siglap 5 d suatu acara pentas lagu2 Pop pada 1967 Tulisan Imran Ibrahim Melaka 2020

الفئة

عرض المزيد

تعليقات - 26